Ketua Polis Seberang Perai Selatan Superintendan  Wan Hassan Wan Ahmad. - Foto AMIR IRSYAD OMAR
Ketua Polis Seberang Perai Selatan Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad. - Foto AMIR IRSYAD OMAR
Sebahagian barangan yang berjaya dirampas polis selepas menahan seorang lelaki berkaitan kes samun dan mencuri - Foto AMIR IRSYAD OMAR
Sebahagian barangan yang berjaya dirampas polis selepas menahan seorang lelaki berkaitan kes samun dan mencuri - Foto AMIR IRSYAD OMAR

Nibong Tebal: Polis menumpaskan geng samun menggunakan parang yang aktif di sekitar daerah Seberang Perai Selatan (SPS) selepas menahan lapan lelaki di sekitar Sungai Bakap, di sini Ahad dan Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah SPS Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata lapan lelaki berusia 16 hingga 28 tahun itu ditahan selepas mereka terbabit dalam cubaan menyamun sekumpulan warga Nepal di asrama pekerja berkenaan di Seruling Mas, di sini.

"Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, lapan lelaki terbabit cuba menyamun 16 pekerja kilang itu tetapi gagal apabila mereka (warga asing) melawan geng samun itu.

"Mereka berjaya menahan dua daripada geng samun itu sebelum polis menangkap enam lagi di sekitar Sungai Bakap beberapa jam selepas kejadian," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata susulan penahanan lapan lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan itu polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya tiga kes samun.

Wan Hassan berkata polis merampas empat bilah parang, sembilan telefon bimbit, sebuah kereta dan tiga motosikal dipercayai digunakan kumpulan itu ketika menyamun.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun di Nibong Tebal disyaki terbabit dalam 23 kes samun, curi dan

pecah rumah di sekitar SPS sejak awal tahun ini. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2015 @ 6:32 PM