LORI tangki terbakar selepas terbabas.
LORI tangki terbakar selepas terbabas.
Oleh Rosli Ilham


Chukai: Pemandu lori tangki maut terperangkap dalam kenderaannya yang terbakar selepas terbabas dan terbalik di Kilometer 315 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Kerteh, 9 pagi tadi.

Mohd Azaha Jusoh, 47, yang berasal dari Kuala Berang rentung selepas gagal keluar dari lori membawa kira-kira 49,000 liter petrol dan diesel itu.

Mangsa dikatakan gagal menyelamatkan diri kerana kakinya tersepit dalam lorinya yang remuk.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan untuk dihantar ke sebuah stesen minyak di Kuala Terengganu.

Anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Kerteh dan Chukai bergegas ke lokasi kejadian serta berjaya memadamkan kebakaran satu jam selepas itu.

Ketua Polis Kemaman Superintendan Mohamad Said Ibrahim mengesahkan kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2015 @ 1:36 PM