Rosli Ilham


Dungun: Kelindan lori ikan maut selepas kenderaan dinaikinya merempuh belakang treler di Kilometer 341 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dekat FELDA Kerteh, Dungun, 6.30 pagi tadi.

Zulkifli Hamid, 56, yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan parah di badan danmeninggal dunia di tempat kejadian.

Lori ikan berkenaan yang dipandu Rohamisrom Mohammad, 24, berasal dari Tok Bali, Kelantan dikatakan dalam perjalanan menghantar bekalan ikan ke Rompin, Pahang.

Kenderaan itu dikatakan gagal mengelak sebelum merempuh belakang lori dari arah Dungun ke Kemaman yang dipandu perlahan itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 8:09 PM
LORI membawa bekalan ikan yang terbabit dalam kemalangan. FOTO Rosli Ilham
LORI membawa bekalan ikan yang terbabit dalam kemalangan. FOTO Rosli Ilham