ANGGOTA Bomba berusaha memadam kebakaran gudang. FOTO ihsn Bomba
ANGGOTA Bomba berusaha memadam kebakaran gudang. FOTO ihsn Bomba
Rosli Ilham


Chukai : Gudang di kilang CJ Bio Malaysia Sdn Bhd dekat Kerteh, Kemaman terbakar, malam tadi.

Ketua Zon Dua, Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba ll, Azman Alias berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 8 malam.

Menurutnya, 22 pegawai termasuk anggota Bomba dari Balai Bomba Kerteh dan Paka dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Pelbagai barangan termasuk sebuah lori hangus dalam kebakaran itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Siasatan mendapati tiada sebarang bahan kimia di dalam gudang terbabit dan pihak kami berdepan kesukaran berikutan asap tebal.

"Pihak bomba terpaksa berhati-hati dalam operasi memadam kebakaran itu kerana bimbang berlaku runtuhan bangunan terbabit," katanya.

Katanya, kebakaran dipadamkan pada 11.04 malam dan tiada sebarang kemalangan jiwa manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 January 2022 @ 11:21 AM