Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

Pasir Mas: Lebih 60 pelajar terjejas berikutan pondok Addiniah Al-Yusufiah Gelang Mas, Pasir Mas, musnah dalam kebakaran pada 8.15 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohd Nazri Abdul Wahab, berkata ketika kejadian kesemua pelajar pondok berada dalam masjid.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.24 malam.

Menurutnya, dua puluh empat anggota, masing-masing dari balai Pasir Mas (10), balai Tunjong (8) dan Kota Bharu (6) bergegas ke lokasi kejadian.

"Api merebak terlalu cepat kerana struktur pondok yang dibina daripada kayu dan berdekatan. Kita mengawal kebakaran dalam 30 minit," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 11:30 PM