KIM SWEE (tengah).
KIM SWEE (tengah).
Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Jurulatih Harimau Muda A yang kini menjadi pengendali sementara Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee mengesahkan tidak akan menghantar permohonan untuk mengisi tugas membimbing skuad bawah 23 tahun negara (B-23) yang diiklankan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam.

Kim Swee yang terkejut dengan tindakan majikannya mengiklankan jawatan ketika kontraknya belum berakhir berkata, beliau berpegang kepada hasil perbincangan dengan Timbalan Presiden FAM Datuk Mokhtar Ahmad sebelum ini.

“Saya tidak akan memohon jawatan itu, kerana antara saya dengan FAM sudah ada perbincangan sebelum ini tapi saya tidak boleh dedahkan butirannya.

“Memang secara jujurnya, saya sedikit terasa dengan tindakan FAM ini yang pada saya seperti tidak kena pada masanya. Saya sekarang sedang mengendalikan skuad kebangsaan dalam dua perlawanan terdekat tapi pada masa sama, kedudukan saya pula tidak menentu. Jadi fokus saya boleh terjejas,” katanya.

Semalam Arena Metro melaporkan mengenai kemungkinan FAM tidak akan menyambung kontrak Kim Swee sebagai jurulatih Harimau Muda A selepas mereka membuat keputusan mengiklankan jawatan kosong bagi jawatan skuad B-23 negara bagi menghadapi Sukan SEA di Kuala Lumpur 2017.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2015 @ 5:15 AM