Model konsep trak pikap Proton buat pertama kali dipertontonkan di Karnival Alami Proton 2015, di Kompleks Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam, hari ini.
Model konsep trak pikap Proton buat pertama kali dipertontonkan di Karnival Alami Proton 2015, di Kompleks Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam, hari ini.
Oleh Erywan Norshal


Shah Alam: Model konsep trak pikap buatan Proton Holdings Berhad (PROTON) buat pertama kali dipertontonkan di Karnival Alami Proton 2015, di Kompleks Pusat Kecemerlangan Proton, di sini, hari ini.

Ini mungkin trak pikap baru yang bakal dihasilkan pengeluar automotif tempatan itu tidak lama lagi, susulan sebelum ini pernah memperkenalkan Proton Arena berdasarkan platform Proton Wira beberapa tahun lalu. Berdasarkan reka bentuk itu, bahagian depan tampak garang apabila kelihatan seakan-akan trak pikap Ford F-150 Raptor yang dijual di luar negara seperti Amerika Syarikat.

Difahamkan, trak pikap itu dibangunkan dengan menggunakan platfrom kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora.

Bagaimanapun, tiada maklumat lengkap berhubung rangkaian kuasa serta transmisi yang bakal digunakan pada trak pikap itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2015 @ 8:52 PM