FORD Ranger mencatat pertumbuhan jualan yang positif.
FORD Ranger mencatat pertumbuhan jualan yang positif.
Oleh Erywan Norshal

Ford memulakan tahun baru dengan pencapaian memberangsangkan apabila mencatat jualan sehingga 1,544 unit, sekali gus melonjok 38 peratus berbanding tempoh sama pada 2014.

Rekod bulanan itu dipacu oleh permintaan berterusan terhadap Ford Ranger, Fiesta dan EcoSport.

Pengarah Urusan, Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, David Westerman berkata, permulaan Januari dilihat sangat positif kerana semakin ramai meminati aspek keselamatan, kualiti dan nilai kepada

wang yang ditawarkan oleh rangkaian penuh kenderaan global Ford.

“Kami teruja untuk mengembangkan lagi rangkaian kenderaan dan mengekalkan momentum ini bersama pengedar kami.

“Trak pikap Ranger mencatat rekod prestasi bulanan dengan jualan melonjak sebanyak 87 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 1,169 unit,” katanya.

Menurutnya, ciri keselamatan dan kemampuan pada trak pikap itu banyak membantu meningkatkan lagi penjualannya di negara ini.

Sementara itu, ia diikuti penjualan Ford Fiesta, Eco­Sport dan Kuga dengan jumlah 312 unit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Februari 2015 @ 5:05 AM