TIMBERLAND Tremont
TIMBERLAND Tremont
TIMBERLAND Moringa
TIMBERLAND Moringa
ALAIN Delon (AD 391-1532C)
ALAIN Delon (AD 391-1532C)
BONIA koleksi BNB10128
BONIA koleksi BNB10128
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib


Bagi lelaki, jam tangan bukan sekadar pemberitahu masa, malah lebih daripada itu kerana ia menjadi pelengkap gaya mereka seharian.

Justeru, seiring perubahan zaman, jam tangan juga mengalami revolusi hingga pelbagai rekaan menarik dan dipenuhi ciri maskulin memenuhi pasaran.

Jika ingin mencari aksesori bersesuaian, syarikat AD Time Sdn Bhd (AD Time) menampilkan beberapa jenama terkemuka kini mengetengahkan rekaan terbaharu di samping menyelitkan gaya maskulin dan aktif.

Jenama yang terkenal dengan pembuatan kasut but kalis air dan tahan lasak, Timberland kini menampilkan koleksi jam tangan yang direka khas untuk aktiviti luar untuk jejaka yang aktif, tapi masih mengekalkan gaya.

Timberland Tremont

Direka dengan pelbagai fungsi melengkapi jejaka yang menjalani kehidupan urban.

Buat mereka yang berani, jam tangan penuh gaya maskulin ini pasti memberi inspirasi kepada satu perjalanan yang berani. Dengan tali getah hijau dan rintangan air 10 ATM, ketahanan Tremont baru tiada tandingan.

Disertai paparan dail digital LCD berupaya menonjolkan kilauan pada bila-bila masa, jam tangan ini perlu dimiliki mereka yang aktif dan lasak.

-Harga: RM349

Timberland Moringa

Direka lebih ringkas mengekalkan ciri maskulin buat penggemar jenama ini.

Menggandingkan papan pemuka jam tangan coklat kehijauan, ia diperkemas dengan permukaan aluminium yang padan dengan tali jam nilon.

Hasilnya, rekaan jam tangan ini kelihatan lebih klasik, tampak kasual bersama keupayaan pelbagai fungsi yang sesuai untuk banyak acara.

-Harga: RM589

Alain Delon (AD 391-1532C)

Hitam cukup sinonim dengan gaya elegan dan urban. Justeru, sempena musim panas ini, Alain Delon menampilkan rekaan jam tangan hitam untuk jejaka dari yang aktif atau pun tidak selain menepati cita rasa lelaki urban khususnya.

Sesuai untuk lelaki masa kini, rekaan muka jam lebih besar dan menonjol dan jam tangan ini dilengkapi tali campuran kulit dan silikon berwarna hitam bagi memberi keselesaan menyeluruh. Rekaannya tampak garang, tapi dengan perincian anggun membuatkan koleksi ini amat menonjol.

Dengan kemampuan rintangan air 10 ATM dan penutup belakang berskru, koleksi jam tangan ini lambang lelaki sejati.

- Harga: RM855

Bonia koleksi BNB10128

Jam tangan sememangnya mempunyai pelbagai fungsi unik bukan saja untuk kegunaan harian, tetapi aksesori fesyen dan gajet. Jam tangan yang bagus adalah mesin masa membawa memori kembali dan membangkitkan matlamat masa depan.

Tampil dengan imej baharu, jam tangan Bonia ini memenuhi cita rasa lelaki dan wanita. Menariknya jam ini terdapat tiga sub-dials dengan gaya sporty yang menunjukkan paparan 3D cukup bergaya.

Selain itu, tali jam yang mempunyai gandingan haruman vanila dan kayu membuatkan pemakaian lebih eksklusif dan bebas bau biarpun terkena peluh.

Bahan yang digunakan pada permukaan jam diperbuat daripada gabungan besi keluli tahan karat dan tali jam diperbuat daripada kulit buaya berwarna merah melambangkan keberanian jiwa pemakai.

Permukaan jam dilindungi dengan lapisan kristal nilam dengan teknologi kalis air membuatkan koleksi ini lebih tahan lasak.

- Harga: RM2288

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2015 @ 9:25 AM