DICIPTA untuk melengkapkan ciri maskulin jejaka lasak.
DICIPTA untuk melengkapkan ciri maskulin jejaka lasak.
Yusliza Yakimir Abd Talib

Bagi lelaki, jam tangan bukan sekadar pemberitahu masa, malah lebih daripada itu kerana ia menjadi pelengkap gaya seharian. Seiring perubahan zaman, jam tangan juga mengalami revolusi hingga pelbagai rekaan menarik dan dipenuhi ciri maskulin memenuhi pasaran.

Sempena musim luruh 2018, Diesel menampilkan koleksi jam tangan unik untuk mereka yang mementingkan fungsi tapi masih mahu mengekalkan gaya maskulin.

Kali ini, jenama itu cuba lari daripada kebiasaan melalui kerjasama dengan DJ yang juga pengeluar dan usahawan fesyen dan teknologi, Steve Aoki sebagai dutanya pada 2019. Bagi memulakan kerjasama itu, Steve akan menjadi wajah koleksi lutsinar pertama Diesel.

Daripada inspirasi denim, rekaan biru lutsinar adalah evolusi reka bentuk semula jadi Diesel yang juga jenama berasaskan budaya denim, koleksi musim luruh jenama itu pastinya penuh dengan kejutan.

GAYA ikonik Steve dalam mengilhamkan koleksi musim luruh.
GAYA ikonik Steve dalam mengilhamkan koleksi musim luruh.

Gaya baru jam tangan itu turut memaparkan keunikan tersendiri jarum jam yang diilhamkan oleh jahitan denim melengkapi kehidupan jejaka yang menjalani kehidupan urban.

Reka bentuk muka jam dan tali daripada kilauan biru ke jernih melengkapkan kisah reka bentuk asli koleksi itu yang begitu sesuai buat jejaka berani dan gemarkan cabaran.

Jam tangan penuh gaya maskulin ini pasti memberi inspirasi kepada satu perjalanan yang berani dan perlu dimiliki mereka yang aktif dan lasak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Oktober 2018 @ 7:00 AM