Faizatul Farlin Farush Khan


Diilhamkan daripada reka bentuk kubikel dan konsep surealisme lukisan Picasso, Bonia menampilkan koleksi pakaian lelaki yang mampu menonjolkan sisi maskulin dan menjadikan diri lebih tampak menarik.

Koleksi pakaian lelaki, ARTism Your Shirts itu memaparkan wawasan artistik pelukis terkenal berkenaan dan menonjolkan pendekatan lebih berani dalam memberikan kelainan pada gaya pemakaian lelaki.

Selain pemakaian formal dalam bentuk kemeja dan sut untuk ke pejabat atau mesyuarat, koleksi terbabit juga menawarkan pakaian lebih kasual seperti baju-T polo dan kemeja kasual.

Lelaki yang gemar bergaya dan tampil berbeza pasti akan kelihatan lebih kacak tatkala melangkah dengan koleksi terbaru itu yang dihasilkan dengan rekaan pereka Bonia, Pepe Torres.

Suntikan elemen ceria membawa kepada gaya ranggi tetapi kemas untuk digayakan lelaki yang berani dan berkeyakinan tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2016 @ 12:47 PM