Koleksi Hari Raya ALAIN DELON bakal meningkatkan gaya dan seri anda ketika Aidilfitri. - FOTO ALAIN DELON
Koleksi Hari Raya ALAIN DELON bakal meningkatkan gaya dan seri anda ketika Aidilfitri. - FOTO ALAIN DELON
Muhamad Shaifullah Tayep

SETIAP tahun, pelbagai jenama fesyen tampil dengan rekaan sempena hari raya.

Namun, ramai di antara kita buntu untuk memilih rekaan yang mahu digayakan ketika hari raya kerana rata-rata rekaan sama dijual setiap tahun.

Pastinya, kita mahukan sesuatu yang baharu untuk digayakan supaya dapat meningkatkan keyakinan, selain memberi kelainan berbanding orang lain.

Tepat pada masanya, jenama fesyen ALAIN DELON tampil dengan koleksi istimewa sempena Hari Raya inspirasi dari ikon Perancis, Alain Delon.

Alain Delon merupakan pelakon dan ikon Perancis yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam dunia fesyen.

Pengaruhnya terhadap fesyen dan gaya lelaki sukar untuk digambarkan, selain penampilannya yang klasik menjadi legenda serta menetapkan standard untuk generasi lelaki akan datang.

Delon banyak memberi pengaruh fesyen dan gaya melalui penampilannya dalam filem seperti Purple Noon dan Le Samourai yang menjadi sebahagian daripada sejarah.

Menjadi ikon gaya dalam dan luar skrin, pengaruhnya terhadap fesyen lelaki dirasai setiap sudut industri dan gayanya banyak membantu mentakrifkan imej lelaki sofistikated.

Pelakon filem Perancis, Alain Delon

Perkara paling menarik tentang gaya Delon adalah beliau mudah untuk tampil bergaya, tanpa perlu berusaha keras atau mengikuti aliran semasa.

Sebaliknya, gaya dan penampilannya kelihatan bersahaja serta halus selain mampu disatukan dengan sempurna tanpa perlu kelihatan terlalu berlebihan.

Delon meminati gaya garisan bersih, potongan ringkas dan bahan berkualiti tinggi.

Perincian bersahaja ini mengekalkan beliau sebagai ikon fesyen Perancis dan telah memberi inspirasi kepada ramai lelaki untuk meniru penampilan klasiknya yang abadi.

Penampilannya juga telah menetapkan standard untuk fesyen lelaki selama beberapa dekad, dan impaknya terhadap industri filem telah membantu menentukan imej bintang filem itu.

Gayanya kekal relevan sehingga hari ini seperti pada 1960-an dan 1970-an, dan pengaruhnya akan terus dirasai untuk tahun-tahun akan datang.

Dia adalah ikon fesyen dan inspirasi sebenar untuk sesiapa sahaja yang ingin tampil dengan gaya abadi bersahaja.

Tambah seri

Image

Koleksi Hari Raya ALAIN DELON menampilkan pakaian, aksesori dan kasut khusus untuk lelaki dan wanita bagi meningkatkan gaya dan menambah seri ketika Hari Raya.

Koleksi pakaian lelaki ALAIN DELON mengangkat gaya anda sebagai lelaki yang mempunyai kelas, selain meningkatkan keyakinan dan keselesaan.

Menggunakan bahan berkualiti tinggi dan kepakaran dalam penghasilkan baju, kemeja-t dan seluar, koleksi ALAIN DELON ini pasti meninggalkan kenangan Hari Raya terindah dan tersimpan lama.

Selain pakaian, ALAIN DELON turut tampil dengan pelbagai barangan baharu yang akan meningkatkan penampilan terutamanya di kawasan pergelangan tangan.

Jika sebelum ini ramai yang melupakan pemakaian jam tangan ketika Hari Raya, ALAIN DELON mahu setiap orang untuk meningkatkan gaya dengan pilihan jam tangan baharu mereka.

Istimewa raya ini, ALAIN DELON menampilkan teknik dan teknologi pembuatan jam terkini untuk koleksi jam tangan yang sesuai dengan citarasa semua.

Tampak berharga dan menjadi idaman, koleksi jam tangan ALAIN DELON pastinya menambah gaya dan seri pemakai ketika Hari Raya.

Image

Tidak cukup dengan itu, lengkapkan gaya ketika Hari Raya dengan koleksi produk kulit iaitu dompet daripada jenama Perancis savoir faire oleh ALAIN DELON yang memukau.

Koleksi dompet ALAIN DELON menampilkan warna terkini, selain direka dengan teliti menggunakan material kulit berkualiti tinggi setanding produk dalam koleksi lain pastinya meningkatkan penampilan lelaki yang menggayakannya.

Image

ALAIN DELON turut tampil dengan koleksi kasut baharu untuk lelaki dan wanita sempena Hari Raya.

Daripada kasut tumit yang anggun dan kasut tebal sehingga 'slip-on' praktikal dan kasut untuk acara tertentu, koleksi kasut ALAIN DELON melambangkan reka bentuk kasut terkini.

Pastinya, koleksi kasut hasil rekaan inspirasi dari Eropah oleh ALAIN DELON ini akan meningkatkan keyakinan anda dalam setiap langkah ketika Hari Raya.

Image

Akhir sekali, lengkapkan gaya anda ketika Hari Raya dengan koleksi baharu produk ALAIN DELON iaitu pakaian dalaman, stokin dan alat tulis yang menarik.

Tidak memberikan kompromi dalam kualiti dan gaya, koleksi ALAIN DELON terus dipertingkatkan dengan citarasa menarik dan kemewahan supaya si pemakai dapat menarik perhatian keluarga dan rakan dengan penampilan baharu.

Untuk melihat lebih banyak koleksi ALAIN DELON sempena Hari Raya, ikuti laman media sosial Instagram ALAIN DELON.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 April 2023 @ 10:24 AM