1. BAHAN - santan, daging, rebung, cili padi, halia, bawang putih dan bawang besar.
1. BAHAN - santan, daging, rebung, cili padi, halia, bawang putih dan bawang besar.
2. KISAR bawang besar, bawang putih, halia, serai, cili padi dan kunyit. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar dan kacau.
2. KISAR bawang besar, bawang putih, halia, serai, cili padi dan kunyit. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar dan kacau.
3. SELEPAS bahan kisar masak, masukkan santan.
3. SELEPAS bahan kisar masak, masukkan santan.
4.  MASUKKAN rebung dan kacau.
4. MASUKKAN rebung dan kacau.
5. TAMBAHKAN daging.
5. TAMBAHKAN daging.
6. CAMPURKAN kunyit dan kacau sehingga mendidih.
6. CAMPURKAN kunyit dan kacau sehingga mendidih.
7. TAMBAHKAN garam secukup rasa.
7. TAMBAHKAN garam secukup rasa.
8. SEDIA untuk dihidangkan.
8. SEDIA untuk dihidangkan.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Mendengar nama masakan ini sudah cukup membuatkan sesiapa saja ingin menikmatinya. Untuk menyediakannya juga tidaklah sesukar mana. Selain bahannya mudah diperoleh, menu hidangan daging masak lemak rebung pastinya biasa dimasak terutama penggemar masak lemak cili padi.

Bagi memastikan keenakannya, daging harus direbus terlebih dulu agar lembut dan mudah dimakan. Lebih penting ia tidak perlu dimasak terlalu lama.

Menurut Pengurus Laypark Cafe Sofea Hussin, daging masak lemak rebung ini adalah menu istimewa yang disediakan di kafe berkenaan yang menjadi hidangan kegemaran ramai disebabkan rasanya yang enak seakan-akan air tangan ibu di rumah.

“Inilah yang kami ingin tampilkan di sini supaya setiap resipi menyerupai penyediaan makanan di rumah. Bagi memastikan rasanya, setiap hidangan disediakan secara tradisional dengan ramuan yang lengkap,” katanya.

Selain daging masak lemak rebung, Laypark Cafe yang terletak di kawasan Kondominum Kojaya, Jalan Memanda 11, Ampang, ini turut mengetengahkan masakan tradisional Perak dengan menu melebihi 20 jenis.

Antaranya rendang daging jintan yang dimasak kering, gulai lemak ikan tongkol, paru goreng berlada, ikan talang masin dan terung goreng berlada ikan bilis yang pastinya disukai semua.

Beroperasi setiap hari kecuali Isnin, kafe terbabit dibuka bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah malam.

BAHAN:

- 1/2 kilogram daging direbus

- 10 potong rebung jeruk

- 1/2 kilogram santan

- 3 batang serai

- 2 inci halia

- 3 ulas bawang putih

- 1 labu bawang besar

- 5 tangkai cili padi

- Garam

- Kunyit

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 7:49 AM