KAYLA memegang kakinya selepas melakukan pendaratan acara melombol. FOTO Reuters
KAYLA memegang kakinya selepas melakukan pendaratan acara melombol. FOTO Reuters
Reuters

Minneapolis: Gimnas Amerika Syarikat (AS), Kayla DiCello cedera semasa menyertai acara melombol pada saingan ujian Olimpik AS di Minneapolis, semakin menamatkan harapan untuk menyertai negara berkenaan ke Sukan Olimpik Paris.

Kayla meninggalkan gelanggang dengan kerusi roda dan menangis selepas melakukan pendaratan dengan teruk dalam acara pertamanya itu.

"Kayla DiCello tidak dapat meneruskan pertandingan malam ini selepas mengalami kecederaan dalam melombol," kata Gimnastik AS.

"Keadaannya sedang dinilai oleh pasukan perubatan."

Kayla adalah insiden yang terbaru dalam kecederaan yang melanda pasukan wanita di Minneapolis tatkala baki sebulan lagi sehingga pembukaan Olimpik Paris.

Shilese Jones menerima rawatan perubatan selepas pendaratan acara melombol semasa memanaskan badan semalam dan Gimnastik AS berkata, dia akan kekal dalam pertandingan itu tetapi tidak bersaing bagi saingan melombol.

Skye Blakely, yang menjadi pilihan untuk menyertai pasukan itu, mengalami kecederaan Achilles semasa latihan pada hari Khamis sekali gus terkeluar daripada pertandingan.

Dia juga mengalami kecederaan pada ujian 2021 yang menyebabkan terlepas Olimpik Tokyo.

Dengan air mata yang mengalir di wajahnya, remaja berusia 19 tahun itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton ketika keluar dengan bertongkat dan melambai kepada peminat.

Lima atlet gimnastik wanita AS ke Paris akan diumumkan Isnin ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 11:31 AM