Oleh Siti Zarinah Sahib


Antologi Cerpen R.A.S.A. menghimpunkan 14 karya penulis tanah air bertemakan cerita cinta. Pelbagai perspektif mengenai cinta dipaparkan dalam antologi cerpen ini. Cinta kepada kekasih, keluarga, sahabat dan Tuhan yang memberikan makna dan nilai tersendiri.

Antara cerpen yang termuat dalam novel ini adalah Murtabak Cheese Untuk Dia (Ameera Ameer), Terima Kasih Sayang (Arsya Aisya), Yang Membawa Bahagia (Aulia Iman), Cinta Itu Gila (Azwanie Mohd Ali), Geramnya! (Chua Pei Yong), Dulu Sotong, Sekarang Sado (Cik A.Z), Encik Bos & Budak Praktikal (Haziq Zulkifli), Hanya Dia (Mya Yurie), My Bodyguard Abang Sado (Noraini Zali), Bakal Suami Aku Sado, Kau Hado? (Nurul Nuqman), Uniknya Cinta (Pensel Buruk), Dendamku Terbalas Jua (Fakarina), Jodoh Berdua (Riyana) dan Cintaku Si Bar Tender karya Wan Ariesya.

INFO

- Judul: Antologi Cerpen R.A.S.A (Rasanya Aku Sayang Ang)

- Penulis: Himpunan 14 penulis cerpen

- Penerbit: Universal Novel Publication

- Harga: RM20 Semenanjung Malaysia, RM23 Sabah & Sarawak

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2015 @ 10:53 AM