Kuala Lumpur: Skuad negara bermula garang apabila berjaya menewaskan Uzbekistan 9-4 pada perlawanan pembukaan Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2015, semalam.

Berlangsung di Stadium Tertutup Nilai, skuad negara di depan menerusi Norhawa Yasin pada minit ke-15 sebelum Farahiyah Ridzuan menambah gol kedua seminit kemudian dan Shazreen Munazli menjadikan kedudukan 3-0 minit ke-24.

Bagaimanapun, Uzbekistan berjaya merapatkan jurang menerusi Makhliyo Sarikova seminit kemudian tetapi Usliza Usman menambah gol kempat minit ke-26.

Norhawa meledak gol kelima minit ke-27 tetapi Uzbekistan merapatkan jurang menerusi tiga gol masing-masing sumbangan Yusupova minit ke-32, Sarikova seminit kemudian serta Sankora minit ke-35.

Malaysia menambah empat gol selepas itu menerusi Farahiyah, Fatin Sahida, Norhawa dan Farahiyah sekali lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2015 @ 7:54 AM