FATIN Shafika (kanan) meraikan jaringannya ketika bertemu Perancis pada aksi playoff di Banbridge, hari ini. — FOTO Konfederasi Hoki Malaysia
FATIN Shafika (kanan) meraikan jaringannya ketika bertemu Perancis pada aksi playoff di Banbridge, hari ini. — FOTO Konfederasi Hoki Malaysia
Saiful Affendy Sapran


SKUAD hoki wanita negara mengesahkan tempat ke separuh akhir Pusingan Akhir Siri FIH di Banbridge, Ireland selepas menewaskan Perancis 3-2 pada aksi playoff sebentar tadi.

Bagaimanapun skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah terpaksa berdepan cabaran getir hingga hujung perlawanan sebelum mengesahkan kemenangan itu.

Skuad negara mendahului seawal minit keenam selepas Nuraini Rashid menolak masuk pukulan sudut penalti sebelum Fatin Shafika Sukri menambah gol kedua dua minit kemudian menerusi gerakan sama.

Bagaimanapun seminit kemudian Delfina Gaspari berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan padang tetapi penyerang negara, Hanis Nadiah Onn mengukuhkan kedudukan buat Malaysia 3-1 pada minit ke-15 hasil gol padang.

Guusje van Bolhuis mencetuskan resah di kem negara apabila merapatkan jurang pada minit ke-26 menerusi pukulan sudut penalti.

Kedudukan itu bertahan hingga tamat perlawanan namun Malaysian Tigress terpaksa berdepan saingan sengit lawan sepanjang suku ketiga dan keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Jun 2019 @ 12:44 AM