SAFEE dan Figueroa sandaran Johor DT robek gawang lawan.
SAFEE dan Figueroa sandaran Johor DT robek gawang lawan.
Oleh Rizar Mohd Noor

Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim (Johor DT) tetap akan memberi tentangan sengit untuk memburu kemenangan apabila berdepan South China FC pada suku akhir kedua Piala AFC di Stadium Mong Kok, Hong Kong, malam ini.

Malah, pengendali Johor DT, Mario Gomez mahu pemainnya beraksi dengan semangat juang tinggi bagi memburu gol awal selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 pada suku akhir pertama bulan lalu.

“Andai menjaringkan gol awal, sudah tentu kami agak selesa. Tapi, kami tidak mahu perlawanan diheret ke masa tambahan dan saya optimis pemain Johor DT mampu melakar kejutan.

“Luciano Figueroa akan menjadi taruhan terbaik mengemudi jentera serangan dan bakal bergandingan dengan Safee Sali atau Amri Yahyah. Saya perlu lihat siapa antara kedua-dua pemain itu berada pada tahap kecergasan memuaskan.

“Hanya Asrarudin Putra Omar akan diketepikan kerana masih belum pulih daripada kecederaan. Fazly Mazlan akan beraksi di bek kiri, namun S Chanthuru tidak berdepan kecederaan serius dan mungkin diturunkan atau berada di bangku simpanan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2015 @ 6:59 AM