Rudy Syareme Sheriffudin


Balik Pulau: Lelaki berusia 21 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan bas Rapid Penang di Jalan Batu Feringghi-Teluk Bahang, 12.50 tengah malam tadi.

Mangsa, S Sreenathan, yang berasal dari Kepala Gajah Jalan Tasek, Simpang Ampat menunggang motosikal seorang diri dari Batu Feringghi menghala Teluk Bahang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, bas berkenaan dipandu lelaki berusia 30 tahun dari Teluk Bahang ke Jalan Batu Feringghi.

Katanya, motosikal mangsa dipercayai gagal dikawal ketika melalui selekoh berdekatan Pulau Asmara sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan bas berkenaan.

Katanya, manga yang parah kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum disahkan meninggal dunia pada 2.20 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 10:56 AM