VOLKSWAGEN Polo Trophy yang dilancarkan sebentar tadi.
VOLKSWAGEN Polo Trophy yang dilancarkan sebentar tadi.
Oleh Erywan Norshal


Shah Alam: Volkswagen Group Malaysia melancarkan Volswagen Polo Trophy edisi terhad yang dihasilkan sempena kejayaan dalam arena Kejohanan Rali Dunia (WRC), sebentar tadi.

Volkswagen Polo Trophy tampil berbeza apabila dilengkapi pelekat pada bahagian sisi dan bonet, selain padanan sistem navigasi satelit, filem tingkap serta cermin sisi yang kontras.

Malah, ia turut didatangkan spoiler belakang yang diinspirasikan daripada sukan berkenaan.

Bagaimanapun, ia hanya ditawarkan 100 unit sahaja dan dijual pada RM89,888.

Menariknya, pelancaran itu disempurnakan oleh pasukan Volkswagen WRC iaitu Jari-Matti Latvala dan pembantunya, Miikka Anttila.

Hadir sama, Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 11:12 AM