KEKAL bentuk lama tetapi moden.
KEKAL bentuk lama tetapi moden.
KEKAL bentuk lama tetapi moden.
KEKAL bentuk lama tetapi moden.
GAYA unik.
GAYA unik.
PERUMAH lampu hadapan.
PERUMAH lampu hadapan.
ENJIN 1.2 liter yang mantap.
ENJIN 1.2 liter yang mantap.
WARNA menarik.
WARNA menarik.
PERUMAH lampu hadapan.
PERUMAH lampu hadapan.
PAPAN pemuka yang ringkas dan unik.
PAPAN pemuka yang ringkas dan unik.
BUT belakang yang luas.
BUT belakang yang luas.
Erywan Norshal


Biarpun masih kekal dengan konsep lama, Volkswagen Beetle tetap menjadi pujaan hati penulis sebagai kereta ikonik yang mempunyai ciri tidak ketinggalan zaman.

Mengimbas sejarahnya, jentera itu dibina sebagai kereta rakyat di Jerman tetapi Volkswagen Beetle baharu boleh dianggap kenderaan premium bagi pasaran Malaysia.

Model baharu itu boleh dikatakan menjadi varian paling popular bagi Volkswagen Group Malaysia selepas direka oleh Ketua Pereka Volkswagen iaitu Walter de Silva dan Klaus Bischoff.

Bagaimanapun, jentera yang menghiasi ruangan Pandu Uji minggu ini adalah varian Volkswagen Beetle Club yang hadir secara edisi terhad dengan 50 unit sahaja.

Secara keseluruhan bentuknya masih lagi sama dengan Volkswagen Beetle lain, cuma tampil dengan warna unik iaitu Habanero Orange serta diceriakan pelekat ringkas pada bahagian sisi dengan perkataan ‘Club’.

Ia juga tampak lebih tegap dengan padanan rim 17 inci Ravenna serta padanan lampu bi-xenon yang juga dilengkapi lampu siang.

Ketika menjengah ruang dalamannya, penulis teruja dengan silauan kerusinya berwarna oren yang menggunakan material kulit Vienna tampak premium.

Panel meternya masih menerima kombinasi klasik kerana dicipta berbentuk bulat yang tampak kemas dan ringkas.

Tidak dilupa juga ruang penyimpanan barang yang dikenali sebagai Beetle Box di bahagian penumpang depan.

Sistem audionya mantap, dilengkapi skrin yang tampak ringkas yang boleh dimainkan dengan MP3 dan WMA. Malah, ruang kabin dengan tempat duduk berkonsepkan 2+2 ini membuatkannya tampak mantap, selain masih menawarkan ruang selesa kepada semua penumpangnya.

Cuma penumpang barisan kedua mungkin sedikit ‘terseksa’ sekiranya mahu memasuki atau keluar daripada kabin jentera berkenaan.

Bawah bonetnya, ia mengandungi enjin 1.2 liter TSI yang dipadankan transmisi DSG tujuh kelajuan automatik. Enjin itu juga digunakan pada model kompak menerusi Volkswagen Polo TSI.

Walaupun enjin bersesaran kecil, ia terdaya memecut di lebuh raya kerana menyalurkan kuasa 105 PS serta tork sehingga 175 Nm. Enjin kecil ini tidak memberi masalah untuk memandu melebihi 170 kilometer sejam (km/j) selain pengendaliannya masih stabil.

Di kawasan selekoh, jentera ini masih seronok dipandu kerana menawarkan kestabilan yang memuaskan.

Sementara itu, Beetle Club boleh dikategorikan kenderaan jimat minyak kerana pemanduan hampir 300 kilometer hanya menggunakan separuh tangkinya dengan kelajuan purata 110 km/j.

Catatan pada spesifikasinya juga menunjukkan jentera ini menawarkan penggunaan bahan api 5.9 liter untuk setiap 100 kilometer.

Semua 50 unit Beetle Club berkenaan diimport sepenuhnya dari Mexico dan dijual pada harga RM152,888.

INFO

VOLKSWAGEN BEETLE CLUB

- ENJIN: 1.2 liter empat silinder petrol, suntikan terus, dicas turbo

- KUASA MAKSIMUM: 105 PS pada 5,000 rpm

- TORK MAKSIMUM: 175Nm antara 1,550 sehingga 4,100 rpm

- TRANSMISI: DSG tujuh kelajuan

- CIRI KESELAMATAN: Beg udara berkembar di depan, beg udara sisi, ABS, BA, ESP, Hill Hold Control, ISOFIX

- HARGA: RM152,888

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2016 @ 5:02 AM