VOLKSWAGEN Jetta edisi terhad.
VOLKSWAGEN Jetta edisi terhad.
Oleh Erywan Norshal


Volkswagen Group Malaysia menawarkan model Jetta edisi terhad apabila ia hadir dengan dua varian membabitkan Jetta Club Edition dan Jetta Sport Edition.

Bagi varian Jetta Sport Edition, ia dipadankan aerokit tulen Volkswagen ZubehPoundr merangkumi spoiler depan sisi, bahagian bawah belakang dan spoiler pada bahagian but belakang.

Ia juga menerima sentuhan rim aloi Silex bersaiz 17 inci yang dibalut tayar Good­year Assurance TripleMax, cermin tingkap dengan filem keselamatan Ecotint SafetyShield dan unit multimedia bersama navigasi.

Jetta Club Edition pula dipasangkan dengan filem keselamatan Ecotint SafetyShield dan sistem audio bersama navigasi.

Sementara itu, Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Armin Keller berkata, Jetta Edisi Terhad didatangkan enam beg udara mempunyai reka bentuk yang menggabungkan aspek pelbagai fungsi dengan bentuk sempurna.

“Dengan aerokit tulen, model Edisi Terhad ini nyata memiliki penampilan berani, selain meningkatkan lagi tarikan visualnya,” katanya.

Edisi terhad itu hadir dengan 500 unit sahaja dan ditawarkan dalam warna putih, perak, kelabu dan hitam yang dijual pada harga bermula RM122,888.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2015 @ 5:00 AM