Zico mahu imej FIFA menjadi lebih baik pada masa depan. - Reuters
Zico mahu imej FIFA menjadi lebih baik pada masa depan. - Reuters

Berne: Calon Presiden FIFA Zico mengalu alukan pencabar berpotensi agar mengambil bahagian dalam perdebatan awal terhadap badan induk bola sepak antarabangsa bermasalah itu.

Bekas pemain antarabangsa Brazil terbabit mengirimkan e mel kepada Michel Platini, Musa Bility, David Nakhid dan Chung Mong-joon turut mengesahkan hasrat bertanding dengan mengatakan “FIFA memerlukan debat pada peringkat awal".

"Kami semua bersetuju FIFA perlu berubah menjadi organisasi lebih baik khususnya daripada segi demokrasi dan ketelusan," kata Zico menghantar satu salinan e mel kepada Reuters.

Platini selaku Presiden UEFA dan bekas pemain antarabangsa Perancis diletakkan calon utama mengambil alih FIFA diterajui Sepp Blatter menjelang pertandingan 26 Februari depan. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 11:14 AM