Platini (kiri) dan Blatter kena gantung 90 hari selepas dinamakan dalam kes rasuah Switzerland. - Foto AP
Platini (kiri) dan Blatter kena gantung 90 hari selepas dinamakan dalam kes rasuah Switzerland. - Foto AP

Zurich: Pemerhati etika badan pentadbir induk bolasepak antarabangsa menggantung presiden FIFA Sepp Blatter dan pemimpin UEFA Michel Platini selama 90 hari selepas mereka dinamakan dalam kes rasuah Switzerland.

Jawatankuasa etika bebas turut mengenakan pengharaman selama enam tahun terhadap Chung Mong-Joon ahli perniagaan Korea Selatan yang muncul pencabar kepada Platini dalam saingan merebut jawatan presiden FIFA.

Setiausaha Agung FIFA Jerome Valcke diarahkan meninggalkan FIFA berhubung skandal tiket dalam satu kes berasingan digantung 90 hari. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 7:13 PM