(Foto kombo dari kiri ke kanan) - Nakhid, Infantino, Shaikh Salman, Champagne, Musa, Putera Ali, Sexwale dan Platini. -Pix AFP
(Foto kombo dari kiri ke kanan) - Nakhid, Infantino, Shaikh Salman, Champagne, Musa, Putera Ali, Sexwale dan Platini. -Pix AFP

Profil ringkas lapan calon bersaing jawatan presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang bakal mengambil alih pucuk pimpinan daripada penyandang Sepp Blatter. Pemilihan akan berlangsung Februari tahun depan.

- David Nakhid

Calon misteri dalam persaingan jawatan tampuk pimpinan FIFA. Berusia 51, Nakhid adalah bekas kapten Trinidad and Tobago dan pernah beraksi bersama kelab Switzerland, Belgium dan Amerika Syarikat.

- Gianni Infantino

Peguam Switzerland berusia 45 mampu bertutur beberapa bahasa menyertai UEFA pada 2000 dan menjadi setiausaha agung pada 2009. Peranan asal Infantino berkaitan undang undang, komersil dan perkara berkaitan bolasepak profesional.

- Shaikh Salman bin Brahim Al Khalifa

Kerabat diraja Bahrain bersuara perlahan ini mengambil alih Konfederasi Asia yang dipalit kemelut pada 2013 dan menyingkirkan Mohamed bin Hammam.

- Jerome Champagne

Berusia 57 tahun dan pernah menjadi diplomat Perancis di Oman, Los Angeles dan Brazil sebelum menjadi penasihat protokol penganjur Piala Dunia 1998.

- Musa Bility

Presiden Persatuan Bolasepak Liberia, pencalonan Bility mengejutkan ramai pihak.

- Putera Ali bin Al Hussein

Adik kepada Raja Jordan Raja Abdullah berusia 39 tahun ini adalah ahli pasukan keselamatan khas negaranya dan memiliki kepakaran bidang payung terjun.

- Tokyo Sexwale

Lantang berkempen anti-apartheid di Afrika Selatan mahu mencipta sejarah muncul warga Afrika pertama menerajui badan induk bolasepak antarabangsa sepanjang 111 tahun sejarah penubuhan.

- Michel Platini (Presiden UEFA digantung tiga bulan)

Salah seorang pemain bolasepak terhebat sepanjang masa dan dikaitkan dengan penyiasatan jenayah Switzerland terhadap FIFA dan salah seorang ahli politik paling berpengaruh dalam sukan terbabit. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 3:41 PM