Platini dibebaskan selepas soal siasat. FOTO REUTERS
Platini dibebaskan selepas soal siasat. FOTO REUTERS
Reuters

BEKAS presiden UEFA, Michel Platini dibebaskan, hari ini selepas disoal siasat berhubung pemberian hak tuan rumah Piala Dunia 2022 kepada Qatar.

Peguam Platini, William Bourdon, berkata anak guamnya itu tidak bersalah atas semua tuduhan dan dia disoal siasat atas ‘sebab teknikal’.

“Ia panjang, jelas sekali ia proses yang panjang selepas mereka bertanyakan kepada saya mengenai Euro 2016, Piala Dunia di Russia, Piala Dunia di Qatar, Paris Saint Germain, FIFA,” kata Platini kepada wartawan ketika meninggalkan balai polis tempat dia ditahan.

“Saya membalas semua soalan dikemukan kepada saya dengan tenang dan masih tidak faham mengapa saya berada di sana,” katanya.

Pejabat pendakwaraya kewangan bekas pemain antarabangsa Perancis itu yang memiliki kepakaran dalam menyiasat jenayah ekonomi dan rasuah mengetuai siasatan pemberian hak tuan rumah kepada Piala Dunia 2022 kepada Qatar.

Ia kelihatan seperti kemungkinan kesalahan seperti rasuah persendirian, konspirasi dan cubaan meluaskan pengaruh.

Keputusan memberikan Piala Dunia kepada Qatar pada Disember 2010 mengejutkan banyak pihak disebabkan oleh kekurangan potensi penonton tempatan terhadap perlawanan acara itu, cuaca yang benar-benar panas dan prestasi buruk yang dipamer skuad kebangsaan negara itu.

Ia tuan rumah pertama buat negara Arab bagi pertandingan itu.

Platini adalah salah seorang ahli sukan terkenal dan bintang bolasepak Perancis.

Dia membawa Perancis memenangi Piala Negara Eropah 1984 dan beraksi pada dua separuh akhir Piala Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2019 @ 3:59 PM