METER digital.
METER digital.
LAMPU belakang yang bergaya.
LAMPU belakang yang bergaya.
SISTEM ekzos di bahagian bawah.
SISTEM ekzos di bahagian bawah.
CAKERA brek yang besar untuk memberi cengkaman terbaik.
CAKERA brek yang besar untuk memberi cengkaman terbaik.
Honda cb650f mudah memecut sehingga 200 km/j.
Honda cb650f mudah memecut sehingga 200 km/j.

Jika ditanya kanak-kanak sekali pun, ramai di antara mereka mengetahui motosikal jenama Honda.

Jenama itu sebenarnya sebati dengan kehidupan masyarakat tempatan kerana kegemilangan motosikal ‘kapcai’ menerusi Honda EX5.

Sekiranya diajukan model motosikal berkuasa tinggi jenama berkenaan, ramai kurang arif dan hanya beberapa ‘nama’ boleh dianggap popular seperti Honda Gold Wing serta CBR 1000 RR atau lebih dikenali sebagai ‘Rabbit’.

Bagaimanapun, mungkin promosi motosikal berkuasa tinggi jenama berkenaan perlu diperkuatkan lagi bagi mengembangkan kehebatan sebenar jentera berkenaan.

Secara jujurnya, motosikal keluaran Honda terutama motosikal berkuasa tinggi bersesaran 650 cc perlu diberi perhatian berikutan ia satu daripada jentera yang berbaloi untuk dimiliki.

Apa yang penulis maksudkan adalah model Honda CB650F dan CBR650F apabila perbezaannya adalah model ‘naked’ serta dilengkapi ‘fairing’.

Pada minggu ini, model naked menjadi pilihan kerana bentuknya garang dan bersesuaian dengan gaya tunggang penulis yang gemar menunggang secara santai.

Beberapa hari menggunakannya untuk berulang-alik ke pejabat, Honda CB650F boleh dianggap pengangkutan yang praktikal bagi mereka mahukan motosikal berkuasa tinggi bagi tujuan itu.

Bentuk dan kedudukan pelananya sesuai dengan ketinggian masyarakat di negara ini yang rata-rata antara 1.6 sehingga 1.8 meter. Ini berikutan tempat duduknya hanya setinggi 0.81 meter bagi memudahkan kaki mencapai permukaan jalan.

Posisi pemegang dan gaya pengendaliannya boleh dianggap mudah kerana penulis tidak rasa kekok biarpun beberapa minit menunggangnya, biarpun berdepan kesesakan lalu lintas.

Malah pusat graviti rendah serta reka bentuk langsing membuatkannya mudah dikawal serta memberi keyakinan ketika menunggangnya.

Kuasa yang dibekalkan enjin 649cc DOHC sepatutnya boleh diberi pujian kerana ia dilengkapi rangkaian kuasa empat silinder untuk menyampaikan tork tinggi pada rpm rendah serta sederhana.

Kuasa maksimumnya mencecah 64 Kw pada 11,000 rpm dengan tork puncak 63 Nm pada 8,000 rpm sememang menarik, tetapi jika mahu dibanding jenama lain, ia boleh dikatakan sedikit ‘lembut’.

Apa yang dimaksudkan lembut itu adalah pendikitnya tidaklah terlalu agresif dan sangat praktikal untuk tunggangan di kawasan bandar, sekali gus mampu mengurangkan keletihan tangan.

Malah jentera ini patut diberi pujian kerana memberi kestabilan enjin pada kitaran rendah rpm dan aspek itu banyak membantu ketika penulis mengendalikan jentera ini dalam kesibukan lalu lintas di kawasan bandar.

Jika mahu memecut untuk mencari keseronokan, jentera ini juga boleh memenuhi hasrat itu apabila ia boleh ditunggang sehingga 200 kilometer sejam (km/j).

Pada kelajuan itu, badan penulis terpaksa tunduk sedikit dan memegang pendikitnya dengan kuat kerana jentera ini tidak mempunyai ‘fairing’ penuh untuk menghalang angin.

Bunyi yang terhasil daripada ekzos 4-2-1 tidaklah garang, tetapi yang penting ia tidak menyalahi peraturan ditetapkan di negara ini.

Konsep reka bentuk pula berciri ‘masa depan’ untuk memberi penampilan anggun dan agresif dengan kombinasi kedua-dua perumah lampu belakang serta depan menggunakan teknologi LED.

Meter berkembar digital sepenuhnya membuktikan komitmen Honda untuk membuktikan mereka sentiasa peka kepada perkembangan dunia digital.

Ia dilengkapi informasi asas seperti takometer, speedometer, takat bahan api dan meter perjalanan, namun penulis berasa sedikit ralat dengan ketiadaan penyukat suhu enjin.

Secara keseluruhan, penulis berpuas hati dengan Honda CB650F yang bertepatan konsep ciptaannya iaitu mudah, selesa untuk dikendalikan dan menawarkan penggunaan bahan api lebih ekonomi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2015 @ 5:02 AM