ZENPAD 7.0 dilancarkan dengan beberapa fungsi baru termasuk kualiti paparan lebih baik. FOTO Afiq Hanif
ZENPAD 7.0 dilancarkan dengan beberapa fungsi baru termasuk kualiti paparan lebih baik. FOTO Afiq Hanif
Oleh Afiq Hanif


Kualal Lumpur: ASUS Malaysia memperkenalkan tablet daripada kategori Zenpad iaitu Zenpad 7.0 pada harga RM749 di sini, hari ini.

Menariknya, ZenPad ini ditawarkan dengan rangkaian versi WiFi, 3G atau LTE serta berfungsi untuk membuat panggilan. 

Lebih baik berbanding Memo Pad yang menjadi tunggak tablet ASUS sebelum ini, ZenPad berjaya menghasilkan produk dengan rekaan premium kepada pengguna.

Beberapa fungsi baru diperkenalkan pada tablet ini seperti paparan IPS HD dengan teknologi ASUS Visual-Master, ASUS Tru2Life dan ASUS TruVivid.

ASUS menghasilkan kualiti paparan lebih baik sekali gus membawakan pemprosesan imej TV yang berkualiti tinggi ke dalam tablet.

Tablet 7-inci seberat 272 gram ini boleh didapati di Malaysia mulai hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 12:06 PM