Oleh Afiq Hanif


Harga bagi sebuah peranti yang memiliki spesifikasi seperti CPU Snapdragon 801 quad core, RAM 2GB, memori dalaman 16GB, rangkaian 4G LTE serta skrin 5.0 inci, biasanya berharga RM2,000.

Tetapi, anda mempu-nyai pilihan dengan memiliki ASUS Padfone S yang berharga hanya RM899.

Padfone menjadi peranti hibrid ASUS yang menggabungkan telefon pintar dan tab­let. Jika sebelum ini, ASUS datang dengan Padfone Mini yang digabungkan tablet 7.0 inci, Padfone S pula tidak pula digabungkan dengan tabletnya, namun dijual secara berasingan.

Seperti spesifikasi di atas, Padfone S dileng­kapi rangkaian data mudah alih pantas 4G LTE Cat4 dan sambungan Bluetooth serta NFC.

Skrin Padfone S bersaiz 5.0 inci HD Penuh menggunakan teknologi IPS yang memberi sudut pandangan jelas sehingga 178 darjah.

Namun, ia bukan telefon kalis air, tetapi memiliki pengesahan IPx2 bagi kalis percikan air.

Peranti sama juga ujian jatuh pada ketinggian 1.5 meter bagi memastikannya tahan lasak.

Untuk sistem operasinya pula, Padfone S tersedia dengan Android 4.4 KitKat.

Dari aspek pengimejan, Padfone S mempunyai kamera belakang 13MP serta kamera hadapan 2MP.

ASUS melengkapkan kamera ini dengan teknologi PixelMasternya yang terkenal pada Zenfone membantu apabila mahu merakam foto dalam suasana malap atau kurang cahaya.

Ia terbukti dapat mencerahkan gambar dengan tahap 'noise' paling rendah berbanding kamera telefon lain.

Menjadi sebahagian daripada keluarga Padfone, Padfone S mempunyai pasangan tabletnya dengan skrin 9.0 inci yang dijual ber­asingan.

Padfone S sendiri memiliki bateri berkapasiti 2300mAh manakala tab-let pula dilengkapi bateri 4990mAh.

Secara tidak langsung, tablet ini boleh membantu memanjangkan jangka hayat Padfone S apabila disambungkan.

ASUS Malaysia mula menjual telefon pintar Padfone S pada hari ini. Tablet Pad-fone S dijual pada harga RM499.

Dua warna disediakan untuk Padfone S ini termasuk hitam dan putih, namun hanya hitam saja yang boleh didapati terlebih dulu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 5:00 AM