Bintang filem High School Musical, Zac Efron kini kelihatan kurus dan penampilannya menarik dan menjadi perhatian ramai.

Efron, 27, muncul memakai jaket sejuk berwarna biru ketika hadir pada majlis tayangan filem baru lakonannya, We Are Your Friends di Showplace Icon Theater, Chicago baru-baru ini.

Segak berjalan di permaidani merah dengan penampilan sangat meyakinkan, Efron kelihatan kacak di sisi aktres Emily Ratajkowski dan pengarah, Max Joseph.

Dalam temu bualnya bersama E! News, Efron mendedahkan dia terpaksa mengambil inisiatif menguruskan badan kerana tuntutan watak yang dilakonkannya.

“Memang berat badan saya turun ketika ini dan ia disebabkan saya mengamal diet sihat. Saya perlu kelihatan kurus untuk satu watak.

“Bagi memastikan saya kelihatan kurus, aktiviti dilakukan pastinya saya perlu berlari setiap hari tanpa memikirkan ia sudah lebih dilakukan atau kurang,” katanya.

Katanya, dia gembira dengan penampilannya tetapi mengakui berlari setiap hari turut menyebabkan dia mengalami sakit lutut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Ogos 2015 @ 5:01 AM