Anggota polis Thailand menggunakan anjing pengesan ketika meronda di pasar malam di Bangkok bagi mengelak serangan bom berlaku lagi. - Foto AP
Anggota polis Thailand menggunakan anjing pengesan ketika meronda di pasar malam di Bangkok bagi mengelak serangan bom berlaku lagi. - Foto AP

Bangkok: Thailand hari ini, meningkatkan wang ganjaran untuk maklumat sehingga tertangkapnya suspek yang melakukan serangan bom di Bangkok kepada tiga juta baht (RM354,000).

Selain lelaki berbaju kuning yang dilihat dalam rakaman CCTV sebagai suspek utama, polis Thailand sebelum mengesyaki dua lagi lelaki dalam rakaman itu sebagai rakan subahatnya namun dua lelaki terbabit yang menyerah diri, menegaskan mereka ialah pemandu pelancong.

Jurucakap polis Thailand, Prawut Thawornsiri, berkata kini polis mengesyaki seorang wanita berpakaian hitam yang dilihat dalam rakaman berkenaan, turut terbabit.

"Polis meminta mereka yang ada dalam rakaman CCTV itu supaya datang memberi keterangan kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Thailand Somyot Poompanmoung yang ditanya mengenai teori lebih 10 orang terbabit melakukan serangan itu berkata, mungkin hanya dua orang. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2015 @ 11:46 PM