Oleh Georgie Joseph


Band ini mendapat gelaran sebagai penyanyi paling romantik. Dua puluh lima tahun lamanya dalam industri, Micheal Learns To Rock (MLTR) masih terus kukuh dan tiada petanda mahu berkubur.

Siapa tidak ingat band legenda yang dianggotai Jascha Ritcher (vokalis dan keyboard), Kare Wanscher (dram), dan Mikkel Lentz (gitar) ini? Era 1990-an, setiap corong radio berlumba-lumba memainkan lagu berhantu mereka.

Bukan tiada pencabar, kemunculan banyak band lain nyata takkan mampu menandingi MLTR terutama menyentuh karya balada romantik, band ini berjaya membuatkan satu dunia ‘jatuh cinta’.

Paling istimewa, meskipun masing-masing semakin dimamah usia, MLTR terus bertahan. Daripada berempat kemudian kini hanya tinggal bertiga, penarikan diri anggota terdahulu, Soren Madsen, bukan pematah semangat.

Hakikatnya, kalau suatu hari nanti mereka berkubur sekalipun takkan menggugat memori peminat terhadap lagu mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 7:11 AM