Bayi perempuan yang ditemui kini ditempatkan di HTAR Klang. FOTO ihsan PDRM
Bayi perempuan yang ditemui kini ditempatkan di HTAR Klang. FOTO ihsan PDRM
Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Shah Alam: Bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di Jalan Desa Latania Seksyen 36 Shah Alam jam 10 pagi tadi.

Bayi itu ditemui seorang lelaki yang terdengar tangisannya ketika melalui kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, bayi itu dibalut dengan plastik.

Katanya, lelaki itu kemudiannya menghubungi polis memaklumkan kejadian.

"Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk tindakan lanjut.

"Ketika ditemui bayi itu masih bertali pusat dan baru lahir," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2015 @ 5:33 PM