Bayi yang ditemui di tepi jalan di Seksyen 19, Shah Alam, Jumaat lalu. FOTO ihsan PDRM
Bayi yang ditemui di tepi jalan di Seksyen 19, Shah Alam, Jumaat lalu. FOTO ihsan PDRM
Oleh Mohd Hasbi Sidek


Shah Alam: Bayi perempuan berusia seminggu ditemui di tepi jalan di Seksyen 19, di sini, Jumaat lalu.

Bayi itu ditemui oleh kerani klinik pada 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kerani berusia 22 tahun itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Seksyen 19, di sini.

"Ketika tiba di lokasi dia terdengar bunyi bayi menangis sebelum menemuinya di dalam kotak dan berbungkus kain.

"Dia kemudiannya membawa bayi itu ke balai polis berdekatan. Bayi itu dalam keadaan stabil dan kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 2:40 PM