AHMAD Tarmizi (empat kiri) bersama sukarelawan di yang berlepas ke Myanmar.
AHMAD Tarmizi (empat kiri) bersama sukarelawan di yang berlepas ke Myanmar.
Oleh Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Tujuh sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berlepas ke Myanmar untuk misi bantuan banjir di negara itu.

Misi berkenaan diketuai Naib Presiden MAPIM, Ahmad Tarmizi Sulaiman bersama aktivis yang akan menyalurkan bantuan sumbangan rakyat Malaysia selepas Taufan Komen melanda awal bulan lalu.

Ahmad Tarmizi berkata, ia adalah misi kedua dalam tempoh kurang sebulan dengan kali terakhir pada Aidilfitri lalu.

"Kami membawa bantuan dan amanah rakyat Malaysia untuk saudara seagama di Myanmar iaitu Meiktila dan Rakhine.

"Doakan misi ini berjaya kerana wakil kami disana memaklumkan situasi banjir agak teruk dan kami perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,"katanya. End15

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 12:49 PM