Aktres Angelina Jolie bukan saja berpasangan dengan Brad Pitt dalam filem By The Sea, malah jadi pengarahnya. Mereka memegang watak suami isteri yang baru berkahwin tetapi tidak bahagia.

Selesai penggambaran di pulau Malta, Angelina tertekan menjayakan watak berkenaan kerana pemergian mereka ke destinasi itu sebenarnya untuk berbulan madu.

“Saya agak kekok mengarahkan diri sendiri dan suami membabitkan babak pertengkaran. Ada satu babak yang saya menolak dia secara kasar. Saya rasakan karakter ini sangat berat untuk saya realisasikan.

“Kami ke pulau itu dengan tujuan berbulan madu tetapi saya mengambil keputusan untuk turut menjalankan penggambaran di sana. Ada antara rakan-rakan yang menganggap kami gila kerana tetap bekerja ketika bulan madu,” katanya.

Pelakon kelas A itu tidak peduli dengan pandangan sekeliling. Baginya, filem adalah seni dan dia harus mencari perkara menarik untuk diselitkan dalam filem arahannya itu termasuk memilih pelakon Melanie Laurent dan Melvil Poupaud.

Angelina bangga kerana berani mengarahkan filem berkenaan dan mencuba karakter berat itu bersama suaminya. Katanya, filem By The Sea adalah naskhah paling susah kerana dia jarang sekali membawa watak wanita yang berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2015 @ 5:02 AM