ANGELINA
ANGELINA
AFP

London: Bintang Hollywood yang juga duta agensi pelarian Perubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Angelina Jolie dilantik menjadi profesor pelawat di universiti berprestij Britain, London School of Economic (LSE).

Angelina antara empat profesor pelawat baru yang dipilih untuk memberi sumbangan kepada program sarjana baru mengenai ‘wanita, keamanan dan keselamatan.’

“Saya sangat teruja dengan langkah mewujudkan program ini. Saya berharap institusi pengajian lain akan mencontohi langkah ini kerana adalah penting bagi kita meluaskan perbincangan mengenai cara memajukan hak asasi wanita serta mengakhiri jenayah yang memberi kesan terhadap wanita, seperti keganasan seksual dalam satu-satu konflik,” kata Angelina dalam kenyataan yang dikeluarkannya.

Turut dilantik adalah bekas menteri luar Britain, William Hague yang bersama-sama Angelina menubuhkan Ikhtiar Konflik Pencegahan Keganasan Seksual pada 2010. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2016 @ 7:39 AM