Oleh Sudirman Mohd Tahir


Pertama kali bergandingan di kaca TV memberi cabaran baru buat pelakon utama drama Syurga Nur, wAmar Asyraf dan Janna Nick.

Menyedari dirinya masih ‘hijau’, Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Munir, 20, tidak mensia-siakan peluang depan mata, malah menjadikan lokasi sebagai sekolah untuknya menggali ilmu lakonan.

Beraksi sebagai Nur Jannah, Janna Nick berkata, Amar banyak mengajarnya teknik lakonan selain mendapat bantuan pengarah, Jinggo serta Sheila Rusly yang melakonkan watak ibunya.

“Sepanjang penggambaran, saya tidak ada masalah berlakon bersama Amar meskipun ini projek pertama kami. Dia pelakon yang bagus dan banyak berkongsi ilmu,” katanya.

Menerusi drama ini Janna berpeluang muncul di TV3 buat pertama kalinya dan lebih bertuah apabila beraksi dalam slot pilihan ramai, Akasia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2015 @ 6:52 AM