JANNA tak anggap dirinya dalam zon selesa walau makin dikenali.
JANNA tak anggap dirinya dalam zon selesa walau makin dikenali.
Oleh Ardini Sophia Sina


Kehadiran Janna Nick, 20, di pentas seni lakon mula disedari apabila berlakon dalam drama rantaian Jodoh. Popularitinya pula semakin meningkat apabila menjayakan siri Syurga Nur melalui slot Akasia.

Penonton menyukai lakonannya sebagai Nur Jannah dalam Syurga Nur.

Kini berganding dengan Syarul Ridwan menerusi drama Kau, Aku, Kita, Janna terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelakon. Setiap kali naskhah lakonannya disiarkan, peminatnya makin bertambah.

Ia diakui Janna yang merasakan perubahan itu. Bagaimanapun katanya, ia bukan tiket untuknya menarik nafas lega malah Janna akui kembara seninya tidak selancar diimpikan.

Katanya, dia perlu berusaha lebih keras agar bakatnya diiktiraf.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 November 2015 @ 5:12 AM