KUALA LUMPUR 29 JULY 2015. Kebakaran di tingkat 9 Menara Bukit Aman. NSTP/ Email
KUALA LUMPUR 29 JULY 2015. Kebakaran di tingkat 9 Menara Bukit Aman. NSTP/ Email
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Dokumen dan kertas yang musnah dalam kebakaran di tingkat 10 menara dua Bukit Aman, semalam adalah kertas-kertas yang akan dilupuskan dan bukan dokumen penting.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kertas dan dokumen berkenaan diletakkan di kawasan koridor tingkat 10 sebelum kejadian kebakaran itu dan kertas serta dokumen berkenaan sememangnya akan dilupuskan.

"Hanya kertas biasa yang memang akan dilupuskan. Tiada apa-apa dokumen yang penting,"katanya ketika ditemui di menara dua Bukit Aman, hari ini.

Mohmad berkata, punca sebenar kebakaran masih lagi disiasat pihak bomba.

Dalam kejadian itu pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 7.20 malam sebelum mengawal kebakaran kira-kira 30 minit kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 2:28 PM