FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Oleh Siti A'isyah Sukaimi

Putrajaya: Seorang pengarah urusan syarikat bergelar 'Datuk' ditahan reman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Suspek berusia 48 tahun itu ditahan di pejabat Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM, 7 malam semalam.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan suspek ditahan reman mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Suspek adalah antara empat individu direman berkaitan kes 1MDB sejak Selasa lalu.

Pada masa sama, seorang pengarah urusan syarikat bergelar 'Datuk' yang ditahan reman, Rabu lalu, dibebaskan hari ini, dengan ikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin.

Lelaki berusia 54 tahun itu sebelum ini direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1MDB.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Julai 2015 @ 4:12 PM