pengarah urusan syarikat yang direman Rabu lalu  dibebaskan semalam.
pengarah urusan syarikat yang direman Rabu lalu dibebaskan semalam.

Putrajaya: Seorang pengarah urusan syarikat bergelar Datuk ditahan reman empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Suspek berusia 48 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, jam 7 malam kelmarin menjadikan beliau individu keempat yang ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek yang memakai baju-T lokap SPRM berwarna jingga tiba di mahkamah, kira-kira jam 8.30 pagi sebelum perintah reman terhadapnya dikeluarkan kira-kira jam 10.30 pagi oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman.

Jurucakap SPRM berkata, mahkamah membenarkan suspek ditahan reman empat hari hingga Selasa mengikut Seksyen 17(a), Akta SPRM 2009.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:06 AM