PRODUK yang diguna dan disarankan Nazmi untuk membantu pembentukan sahsiah anak-anak.
PRODUK yang diguna dan disarankan Nazmi untuk membantu pembentukan sahsiah anak-anak.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib


Dewasa ini, kita sering terdengar pelbagai berita atau kisah masyarakat mengenai anak yang bersikap biadab terhadap ibu bapa mereka bahkan ada yang boleh dikategorikan sebagai anak derhaka atau 'tanggang' moden.

Pasti ramai ibu bapa yang terfikir bagaimana keadaan ini boleh berlaku dan bagi yang mengalaminya, tentu sentiasa berharap agar mereka dapat memperbetulkan anak yang bersikap sedemikian.

Pengasas Terapi Religiopsychoneuroimunologi (self-healing) Nazmi Md Noor berkata, nilai kasih sayang perlu dipertingkatkan supaya hubungan kekeluargaan semakin mantap.

Salah satu penyelesaian dalam isu berkenaan ialah menitikberatkan soal pemakanan anak. Ia termasuk memastikan setiap anak yang keluar ke sekolah setiap pagi menjamah makanan yang disediakan oleh ibunya sendiri sebagai satu ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.

Nazmi berkata, sebaik-baiknya makanan atau minuman pertama masuk ke dalam perut anak di pagi hari adalah daripada sentuhan tangan dan zikir serta dari hati sanubari ibunya.

“Pastinya makanan dan minuman yang disediakan oleh tangan seorang ibu untuk anaknya ada nilai kasih sayang, nilai doa serta pengharapan dan kesegaran minda yang sangat positif.

“Gelombang kasih sayang seumpama ini sudah pasti ada kesan yang sangat positif untuk perkembangan spiritual, emosi, pemikiran serta fizikal seseorang anak itu. Ikatan kasih sayang yang terbina nanti menjadi kerana dalam makanan dan minuman yang diambil itu ada nilai kasih daripada seorang ibu untuk anaknya," katanya.

Menurutnya, pada zaman serba moden ini, ramai anak yang keluar ke sekolah tanpa sebarang sarapan di rumah justeru, hati tiada pergantungan dengan sesuatu nilai kasih dalam perhubungan kemanusiaan. Akhirnya kasih sayang menjadi semakin hambar dalam hubungan seharian.

Katanya, Islam amat menitikberatkan persoalan makanan kerana makanan inilah yang membentuk minda, jiwa, emosi, kesihatan serta imunisasi yang kuat pada seseorang insan.

“Islam bukan hanya meletakkan soal halal semata-mata dalam konsep pemakanan, malah diikuti dengan konsep toyiban (baik). Halal lagi baik untuk tubuh manusia.

“Tidak dapat dinafikan bahawa tekanan kerja hari ini menyebabkan golongan ibu sibuk hingga tidak sempat menyediakan sarapan untuk keluarga terutama anak yang akan ke sekolah," katanya.

Nazmi yang juga Pengarah Urusan Spiritual Wellness Training and Consultancy di Ipoh, Perak berkata, antara terapi yang pernah digunakan untuk membantu golongan ibu menyelesaikan masalah sarapan untuk anak sebelum mereka ke sekolah adalah gabungan susu kambing organik kurma dan gelombang tenaga virtual negatif proton (VNP).

Katanya, susu kambing yang juga makanan sunah dan gelombang tenaga VNP berkeupayaan untuk meningkatkan bioelektrik tubuh supaya emosi lebih stabil dan membolehkan anak lebih fokus pada ilmu yang dipelajari.

“Saya sendiri sudah mengamalkan formula ini sejak lapan tahun lalu hingga sekarang. Selain itu, formula ini banyak membantu ibu bapa serta anak yang lemah dalam pelajaran, malah turut memperbaiki akhlak mereka," katanya.

VNP adalah tenaga yang dihasilkan melalui Alhayat Faster Than Light Technology (AFTL) berupaya mening­katkan sistem bioelektrik tubuh sekali gus dapat mengimbangi hati, minda, tubuh dan rohani ke arah satu keadaan yang lebih tenang, fokus, tajam ingatan, cergas serta pembentukan sahsiah yang berketrampilan.

Dengan itu, ia mampu meningkatkan tenaga hayat tubuh sehingga dapat memperbaiki fungsi minda daripada normal antara lima ke 10 peratus kepada lebih daripada 10 peratus. Dengan itu, ia dapat memberi lebih tenaga untuk berfikir, lebih terbuka dan berketrampilan.

Menurutnya, ia juga dapat memperbetul dan menguatkan laluan bioelektrik tubuh daripada mendatar kepada menegak. Ini adalah satu keadaan yang mana hati, minda, komunikasi, pendengaran, penglihatan dan sistem saraf menjadi selaras, selari, harmoni, tepat dan laju.

“Inilah yang saya alami setelah hampir lapan tahun mengambil dan mengamalkan VNP dalam kehidupan. Dari situ jugalah lahirnya idea untuk saya bangunkan rawatan komplimentari terapi religiopsychoneuroimunologi yang banyak membantu merawat pesakit kanser, jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

“Namun semua itu terjadi dengan izin Allah. Justeru ibu bapa disarankan menjadikan susu kambing organik dan VNP sebagai makanan serta minuman pemangkin untuk kejayaan anak-anak dan juga keluarga," katanya.

Bagi mereka yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari Facebook Terapi RPNI.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 9:33 AM