ILIANI (belakang empat kiri) dan Mahenderan (berkot) bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya dengan pek MILO masing-masing.
ILIANI (belakang empat kiri) dan Mahenderan (berkot) bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya dengan pek MILO masing-masing.
Hidayatul Akmal Ahmad


Kepentingan mengambil sarapan kerap diperkatakan kerana ia hidangan penting untuk memulakan aktiviti harian. Namun, berapa ramai pula dalam kalangan kita yang bersarapan setiap pagi?

Selain memberi kebaikan pada tubuh dan minda, kajian dalam Jurnal Epidemiologi Amerika pada 2003 menunjukkan mereka yang tidak mengambil sarapan adalah 4.5 kali lebih berisiko mengalami obes berbanding mereka yang bersarapan.

Bagi golongan dewasa, tidak mengambil sarapan menjadi perkara biasa dan ia jarang mengganggu kelancaran aktiviti harian.

Bagaimanapun, apabila kanak-kanak tidak diberikan sarapan sepatutnya, ia boleh menjejaskan tumpuan mereka sama ada di dalam kelas atau ketika menyertai aktiviti luar.

Menyedari kepentingan itu, MILO membantu mendedahkan kepentingan tenaga bagi kanak-kanak untuk meningkatkan mutu pembelajaran mereka.

Penyelidik dan Ketua Pusat Pengajian Siswazah dan Pensyarah Kanan Fakulti Sukan, Sains dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Dr Mahenderan Appukutty berkata, hasil kajian yang dilakukan MyBreakfast Study mendedahkan satu daripada tiga pelajar sekolah didapati mempunyai tahap fizikal aktiviti yang rendah terutama bagi mereka yang tidak mengambil sarapan.

“Ia sangat penting untuk kanak-kanak mendapat nutrisi yang betul pada jangka masa ditetapkan bagi meningkatkan prestasi semasa di sekolah.

“Ini akan memberikan mereka tenaga secukupnya untuk membantu meningkatkan kecergasan mental supaya mereka boleh menumpukan perhatian penuh di dalam kelas serta kekal bertenaga,” katanya kepada media ketika sesi perbincangan antara guru, pelajar, ibu bapa serta pakar nutrisi di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya baru-baru ini.

Sesi itu bukan sahaja membincangkan rasa bimbang ibu apabila anak meninggalkan rumah untuk ke sekolah, malah ia merangkumi pelbagai aspek akibat daripada kehausan tenaga yang dialami kanak-kanak pada waktu tertentu.

Ia juga meneroka cara memastikan nutrisi betul yang boleh memberikan manfaat terhadap prestasi di sekolah sama ada ketika di kelas atau aktiviti ko-kurikulum.

MyBreakfast Study ialah kajian pertama di Malaysia yang mengkaji info tabiat sarapan terkini di Malaysia membabitkan 8,705 murid sekolah. Kajian ini menemui kanak-kanak yang mengambil minuman malt lebih aktif dalam aktiviti fizikal.

Ia juga menunjukkan sebahagian besar pengguna yang mengamalkan pengambilan minuman malt didapati lebih cenderung untuk memenuhi keperluan nutrien yang disarankan (Recommended Nutrient Intake RNI).

Dalam pada itu, Pakar Pemakanan Kanan Nestle (Malaysia) Berhad Nurul Iliani Ahmad mencadangkan penyelesaian yang mudah untuk kanak-kanak mendapatkan khasiat yang betul serta memastikan bekalan tenaga mereka mencukupi adalah dengan membawa bekalan makanan ke sekolah.

“Dengan membekalkan makanan yang sihat dengan pek MILO UHT ke sekolah, ibu bapa akan berasa tenang kerana tahu anak tidak akan berasa lapar atau kehausan tenaga apabila tiada di sisi mereka,” katanya.

Beliau juga menambah kanak-kanak boleh mendapat manfaat daripada Activ-Go yang ada dalam MILO. Activ-Go adalah kombinasi unik PROTOMALT, mineral serta vitamin seperti vitamin B untuk kanak-kanak sedia menghadapi pelbagai cabaran setiap hari.

Ia turut mengandungi kalsium untuk mengekalkan gigi dan tulang yang kuat serta vitamin C untuk meningkatkan lagi penyerapan zat besi dalam makanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 November 2016 @ 5:00 AM