Sarapan seharunya dijadikan kelaziman setiap hari dan menjadi satu kemestian yang tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana pe-ngambilan sarapan mampu membekalkan tenaga yang diperlukan supaya dapat menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan produktif.

Barangkali ramai yang tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan tubuh badan. Memulakan hari dengan mengalas perut memang penting bagi membantu seseorang itu tetap cergas, berfikir dengan cerdas, aktif dan menjadi penentu kepada suasana sepanjang hari.

Makanan sebagai pemulaan hari itu akan menjadi penjana tenaga untuk kegiatan seseorang sepanjang hari kerana apabila seseorang itu bangun daripada tidur, aras glukosa dalam darah agak rendah. Justeru, pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang akan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk memulakan hari dengan cergas.

Tahukah anda pengambilan sarapan lebih penting daripada mengambil makan tengah hari?

Sarapan mempunyai kebaikannya dalam menjaga kesihatan dan kecekalan minda. Antara kelebihan pengambilan sarapan termasuk:

1. Membantu menjadikan diet pemakanan yang baik

Pengambilan sarapan dengan menu sihat dapat membantu tubuh badan meningkatkan metabolisme selain pemakanan seharian juga akan lebih teratur.

2. Beri tenaga

Sarapan amat penting dalam memberikan tenaga untuk memulakan kerja atau aktiviti sepanjang hari malah tidak mengambil hidangan pagi hanya akan membuat-kan anda berasa lemah dan lesu.

3. Lebih tumpuan

Pada waktu pagi, selepas berpuasa daripada pengambilan makanan ketika tidur malam, badan memerlukan makanan untuk meningkatkan tumpuan kerja dan aktiviti harian. Perut kosong membuatkan kita menjadi lapar dan hilang fokus.

4. Penyerapan nutrien lebih berkesan

Tanpa sarapan, tubuh badan akan lebih susah untuk mendapat nutrien seperti serat dan vitamin serta mineral supaya badan dapat berfungsi dengan baik. Mengabaikan sarapan hanya akan membuatkan badan hilang nutrien penting. Pengambilan buan- buahan dan bijiran sangat digalakkan untuk sarapan kerana khasiatnya yang tinggi.

5. Baik untuk kesihatan jantung

Individu dewasa dan kanak-kanak yang meninggalkan sarapan lebih mudah untuk mengalami kolesterol dalam darah yang lebih ting-gi, salah satu daripada risiko utama untuk mendapat sakit jantung. Pengambilan serat dalam sarapan seperti roti memberikan anda tubuh yang cergas dan sihat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 10:21 AM