Loranin (Ohio): Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun kritikal selepas ditembak di kepala oleh abangnya yang berusia empat tahun.

Kejadian berlaku jam 10 pagi (waktu tempatan) selepas si abang menemui pistol itu di dalam almari pakaian keluarganya.

Sumber berkata, mangsa bermain sendirian di dalam bilik tidur apabila si abang menemui pistol .40 kaliber itu.

Katanya, bapa mereka memangku kanak-kanak perempuan itu ketika pegawai tiba sementara si abang menangis dan berulang kali memberitahu dia kesal dan meminta maaf.

Jurucakap polis, Kapten Roger Watkins berkata, siasatan diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk menentukan tindakan seterusnya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 3:00 AM