Ibu bapa menenangkan anak mereka di perkarangan Sekolah Madison, Ohio, selepas kejadian pelajar melepaskan tembakan menyebabkan dua pelajar cedera. - Foto AP
Ibu bapa menenangkan anak mereka di perkarangan Sekolah Madison, Ohio, selepas kejadian pelajar melepaskan tembakan menyebabkan dua pelajar cedera. - Foto AP
AP

Hamilton (Ohio): Sebuah sekolah di selatan Ohio terpaksa ditutup ketika polis menyiasat kejadian seorang pelajar 14 tahun melepaskan tembakan menyebabkan empat cedera dengan dua daripada mereka akibat terkena tembakan.

Sheriff daerah Butler, Richard Jones, berkata polis sudah mengetahui motif pelajar berkenaan melepaskan tembakan tetapi enggan mendedahkannya.

Pelajar itu mengeluarkan pistol ketika berada di kafeteria sekolah dan melepaskan tembakan yang mengenai dua pelajar sebelum berlari meninggalkan sekolah.

Dia membuang pistol itu sebelum berjaya ditahan polis.

Dua lagi pelajar sekolah itu cedera ketika bersama-sama pelajar lain bersesak melarikan diri dari tempat kejadian namun kecederaan keempat-keempat mereka tidak kritikal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 5:31 PM