FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Oleh Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Jurutera warga Russia dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk, bulan lalu.

Tertuduh Alexander Cheryvyakov, 42, beralamat di Damansara, Kuala Lumpur membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Asri Abdul Rahman Sidik, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memandu kereta dalam keadaan mabuk pada 3.30 petang, di Jalan Chang Kok Cheng, di sini, 20 Mei lalu.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 45(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum penjara sehingga 12 bulan atau denda hingga RM6,000 atau kedua-dua sekali.

Kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Nazif Ezra Abdul Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2015 @ 3:03 PM