MELAKA 07 MARCH 2016. ( MB418N / Kes Mencuri ) Seorang kerani, Fatimah Salleh, 31, (kiri) diiringi anggota polis selepas dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dan perlu menjalani hukuman kerja wajib selama 240 jam oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, apabila mengaku bersalah mencuri sehelai blazer bernilai RM149 di sebuah pasar raya, 2 Februari lalu. STR/ MUHAMMAD HATIM AB MANAN

Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Kerani wanita dijatuhi hukuman berbentuk bon berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, selepas mengaku bersalah mencuri sehelai jaket di pasar raya terkemuka di sini, awal Februari lalu.

Tertuduh Fatimah Salleh, 31, mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri sehelai jaket (blazer) berwarna hitam bernilai RM149 dari pasar raya AEON Ayer Keroh pada 6.30 petang, 2 Februari lalu.

Justeru tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Peguam Bela Ishak Kari yang mewakili tertuduh merayu, anak guamnya tidak dijatuhi hukuman penjara atau denda dengan mengambil kira faktor barangan yang sudah dikembalikan, nilai barangan, masa depan kerjaya tertuduh serta keinsafan selepas direman sehari.

Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak bagaimanapun mencadangkan hukuman berbentuk langkah pencegahan agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Mohd Asri kemudian memerintahkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik mengikut Seksyen 173(a) Kanun Tatacara Jenayah tanpa cagaran dua tahun dan diperintah melakukan kerja wajib di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama 240 jam, sepanjang tempoh bon.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2016 @ 4:23 PM