TERTUDUH keluar dari mahkamah. FOTO Mohd Hilmie Hussin
TERTUDUH keluar dari mahkamah. FOTO Mohd Hilmie Hussin
Mohd Hilmie Hussin


TUKANg paip dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM5,000 serta hilang kelayakan mendapatkan lesen memandu kelas B, oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka, selepas mengaku bersalah menunggang secara melulu dan menghalang polis bertugas ketika mengiringi Yang diPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob pulang ke istana negeri, Selasa lalu.

Pengakuan bersalah tertuduh, A Linggeswaran, 24, dirakam di hadapan Majistret Analia Kamaruddin selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menunggang motosikal dalam keadaan membahayakan kepada pengguna jalan raya pada jam 12.45 pagi 15 Ogos lalu, di susur lampu isyarat Durian Daun.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 pindaan 1999, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun dan denda hingga RM15,000.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Analia memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan dan denda RM5,000 atau penjara enam bulan jika gagal bayar.

Tertuduh juga hilang kelayakan mengambil lesen kelas B selama dua tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2017 @ 2:05 PM